Posts

Showing posts from March, 2018

Aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan

Image
Aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan   HUBUNGAN  kekeluargaan begitu penting sekali kerana tanpa keluarga siapalah kita ini. Dalam keadaan teknologi yang semakin canggih, jarang sekali kita dapat melihat satu keluarga memanfaatkan masa bersama-sama.   Apabila ke kedai makan, seringkali kita melihat fenomena di mana orang lebih mengutamakan telefon pintar mereka daripada berbual di meja makan, pendek kata hanya jasad sahaja yang ada di situ tetapi minda sudah terbang entah ke mana.   Ya, teknologi kini memang boleh menghubungkan kita dengan orang tersayang akan tetapi, tanya semula diri sendiri berapa kali sehari kita menghubungi ibu bapa atau adik beradik kita bertanya khabar?   Walaupun ada medium Whatsapp namun boleh dikira berapa kali sahaja ia digunakan.  Justeru, janganlah mudah hanyut di dalam dunia teknologi ini dan mula lakukan aktiviti bersama keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini. 1. Makan malam be