Cara mendidik anak



1.Jangan menuruti semua kehendak anak-anak



Menuruti semua kehendak anak bukanlah cara mendidik anak dengan betul. Anak-anak tidak boleh terlalu dimanjakan. Ini kerana mereka akan menjadi keras kepala dan degil. Jika dari kecil anak-anak telah dimanjakan oleh ibubapa maka bila meningkat dewasa mereka tidak akan berdikari dan selalu mengharapkan pada ibu bapa mereka sahaja.

2.Ajar anak supaya tidak berbohong


Ibu bapa haruslah mengajarkan anak-anak tentang perkara-perkara yang baik sahaja. Anak-anak akan mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa dari kecil hingga dewasa. Selain itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan contoh yang baik yang kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa janganlah mengajar anak-anak untuk bercakap bohong dengan sesiapa sahaja. Dengan cara ini anak-anak tidak akan bercakap bohong.

3.Mengajar anak-anak untuk menghormati orang lain


Semua yang diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak dari kecil akan dibawa hingga dewasa. Ibu bapa mestlah mengajar anak-anak cara menghormati orang yang lebih dewasa. Ini akan menerapkan lagi nilai murni dalam diri anak-anak.

4.Mengajar anak-anak solat


Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk solat seawal umur 7 tahun. Jika mereka enggan solat ibu bapa berhak untuk memukul mereka.

5.Mengajar anak-anak nilai murni


Ketika berada di rumah ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk bertanggungjawab. Contohnya, setelah selesai main permainan haruslah dikemas dan disusun dengan kemas. Selain itu, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk mempunyai sikap hormat menghormati pada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Definisi Kekeluargaan

Aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan